open access

  • Abstract viewed - 23 times

Abstract

Abstract

 

Purpose: To determine the refractive outcome of cataract surgery in Hospital Kuala Lumpur (HKL) and its comparability to international standards. It is also to determine factors associated with it among cataract patients that underwent phacoemulsification surgery and intraocular lens implantation in HKL for quality improvement initiatives.

 

Study Design: This is a retrospective study conducted based on the Malaysian Cataract Surgery Registry (CSR) records from 1stJanuary 2021 to 31st December 2021 by Department of Ophthalmology in HKL.

 

Methods: This study included all patients that underwent phacoemulsification during the study period. In this study, poor cataract outcome was classified as Spherical Equivalent (SE) difference not within 1.0 Dioptre (D) of predicted value. SE difference as dichotomous dependent variables was used in logistic regression model. Simple logistic regression was done to determine the association between all risk factors and the outcome. Multiple logistic regression analysis was carried out to determine factors that may affect the probability of poor cataract outcome.

 

Results: The results showed that phacoemulsifications done in HKL achieved the benchmark standards, whereby 87.3% of the patients achieved post-phacoemulsification SE refraction within 1D of predicted value, while 58.6% within 0.5D of predicted value. Female gender (p=0.015), presence of age-related macular degeneration (ARMD) (p=0.002), ultrasound biometry technique (p=0.045), and intraoperative posterior capsule rupture (PCR) (p=0.018) were associated with poor cataract outcome. The odds of getting poor outcome for each factor were 1.73, 6.47, 2.00 and 6.42 times more respectively

 

Conclusion: This study showed the refractive outcome in HKL is comparable to international standard. Risk factors for poor refractive outcome were female gender, ARMD, ultrasound biometry technique and PCR.   Abstrak Tujuan: Untuk menentukan hasil refraktif pembedahan katarak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan membandingkannya dengan standard antarabangsa. Kajian ini juga menentukan faktor- faktor yang mempengaruhi hasil refraktif di kalangan pesakit yang menjalani pembedahan fakoemulsifikasi dengan implantasi kanta intraokular di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai inisiatif peningkatan kualiti.  

Reka bentuk kajian: Ini adalah satu kajian retrospektif yang dijalankan oleh Jabatan Oftalmologi HKL dengan berdasarkan rekod Malaysian Cataract Surgery Registry (CSR) dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

 

Kaedah: Kajian ini melibatkan semua pesakit yang menjalani pembedahan fakoemulsifikasi dengan implantasi kanta intraokular dalam tempoh kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini, hasil pembedahan katarak yang tidak memuaskan dikelaskan sebagai pembezaan spherical equivalent (SE) di luar 1.0 Dioptre (D) daripada nilai yang diramalkan. Pembezaan SE sebagai pembolehubah bersandar dikotomi digunakan untuk analisis regresi logistik. Logistik regresi mudah digunakan untuk menentukan perkaitan faktor risiko dengan hasil refraktif. Analisis regresi logistik berganda dijalankan untuk menentukan faktor yang akan mempengaruhi kebarangkalian untuk mencapai hasil refraktif yang tidak memuaskan.

 

Keputusan: Hasil kajian menunjukkan bahawa fakoemulsifikasi di HKL mencapai standard penanda aras antarabangsa, iaitu 87.3% mencapai SE di dalam nilai 1D yang diramalkan, manakala 58.6% di dalam nilai 0.5D yang diramalkan. Kehadiran komorbid mata memberi kesan ketara ke atas hasil refraktif. Pesakit jantina perempuan (p=0.015), degenerasi makula berkaitan usia (p=0.002), teknik biometri ultrasound (p=0.045) dan intraoperatif kepecahan kapsul posterior (p=0.018) dikaitkan dengan hasil pembedahan fakoemulsifikasi yang tidak memuaskan. Kebermungkinan setiap faktor untuk mencapai hasil yang tidak memuaskan mengikut turutan adalah 1.73, 6.47, 2.00 dan 6.42 kali ganda.

  Kesimpulan: Kajian ini menunjukkan bahawa hasil refraktif pembedahan fakoemulsifikasi setanding dengan penanda aras antarabangsa. Jantina perempuan, degenerasi makula berkaitan usia, teknik biometri ultrasound dan intraoperatif kepecahan kapsul posterior adalah faktor- faktor risiko untuk hasil refraktif yang tidak memuaskan.